Pages

Sep 17, 2015

ESP Lagi-Protein Yang Kita Perlukan

Assalamualaikum..

Selamat pagi..

Antara topik yang paling best yang selalu aku seronok bila share di blog mengenai Shaklee adalah ESP.

Sebab apa?

Sebab aku pun pengguna ESP dan aku sangat suka efeknya. Sebagai seorang yang suka makan tapi tak berapa ambik kisah pasal apa yang aku makan, maka ESP adalah pilihan terbaik aku sebagai sumber protein.

Apa maksud aku tak kisah pasal apa aku makan? Maknanya asalkan ada makanan aku makan. Tak memilih langsung. Janji anak-anak dan suami dapat makanan berkhasiat. Aku kalau dapat roti paung sehari suntuk aku ulang tu aje pun tak kisah. Dapat burger atau biskut cicah teh o pun jadi.

Tapi 2-3 menjak ni aku sedar yang tahap kesihatan aku dah tak macam muda belia dulu. Selalu sakit belakang dan penat. Di usia 30an ni aku macam manusia yang lain kena seimbang protein, karbohidrat, vitamin, sayur-sayuran untuk sihat. Apatah lagi sekarang aku tengah menyusukan Aida fully. Jadi memang seharusnya lah aku kena jaga elok-elok apa yang aku makan.

Masalahnya kita orang Melayu ni dah terbiasa makan mesti bergoreng, ikan goreng, ayam goreng, telur goreng dan lain-lain. Dan itu juga yang jadinya pada aku. Bila dah bergoreng, sodakallahul azim la. Memang habislah segala khasiat protein yang kita perlukan.

Sebab tu aku rasa ESP sangat kritikal manfaatnya pada aku. ESP ni macam yang aku biasa update dalam ni adalah protein yang dihasilkan dari 30kg soya non gmo yang berkualiti tinggi hingga menjadi 850g serbuk ESP yang sangat berkhasiat.

Ok ini pic-pic info ESP yang bermanfaat untuk semua. Credited pada distributor-distributor group Jutawan yang kreatif sangat hasilkan poster yang kebabom.

Aku ni tak kreatif mana... Hihhih..Tapi aku menghargai orang kreatif,













Dan hasilnya sangatlah memuaskan hati. Ni unscripted testimonial yang tak disalin dari mana-mana..Maknanya dari aku sendiri ialah-


  • bertenaga sehari suntuk.
  • kulit muka licin dan tegang
  • kulit bersih
  • dulu tumit kaki aku kasar, sekarang ni dah licin dan ok balik.
  • parut czer pun makin comel
  • kenyang
  • susu badan pun rasa cam banyak aje 
  • senang nak turunkan berat badan.
  • hmmm............tu ajelah. Yang pasti aku bagi 5 star la kat ESP ni..
Aku rasa kulit aku bersih berbanding zaman kerja dulu. Sesuai sangatlah memandangkan aku la ni dah tak rajin berbedak bagai...

Ni testimonial dari pengguna-pengguna ESP yang lain.





Ok tu aje..


Salam sayang, 
Salmi
0122417935



Aug 29, 2015

Surirumah..Jangan Rasa Bersalah!!

Assalamualaikum
Selamat malam..

Terasa nak jadi keyboard warrior pulak tengah-tengah malam ni. Coretan ni ditujukan buat diriku dan rakan-rakan yang bergelar stay at home wives.

Bila tengok dalam majalah, rumah orang kemas-kemas belaka, rumah kita berconteng sini dan sana, sekejap kemas dan sekejap pula bersepah balik..

Bila perangai anak membuatkan rasa salur darah nak meletup..dan nasihat-nasihat dalam facebook semuanya menggalakkan ibu-bapa berlemah lembut dengan anak..

Bila rasa mata macam nak mengecik-ngantuk akibat stay malam, baby menyusu tak henti-henti..


Bila baca status dalam FB isteri-isteri orang lain masakkan yang super power untuk suami masing-masing..dan anda hanya mampu menu sama ikan goreng, sayur air, telur dadar..



Tarik nafas dan jangan rasa bersalah.

Kita hidup bukan atas nama pertandingan. Tiada siapa yang sepatutnya menjadi ibu yang paling sempurna berbanding yang lain.

Jika ngantuk, tidur lah saat baby tidur. Tidur yang cukup membantu fikiran tenang dan mengelakkan rasa susah nak marah.

Jika rasa anak perlu diajar dengan rotan sekali-sekala, buatlah..ikut apa yang patut, patuhi ajaran rasulullah, adab-adab merotan, dari mana ke mana, mengapa perlu dirotan dan apa sebab-sebab yang dibolehkan rotan.


Rumah bersepah..biarlah,,Ada waktu senang kita mengemas.

Baju tak berlipat..biarlah. Ada waktu senang baru kita lipat. Serabut tengok baju berlonggok, sorok dalam bakul, tutup bakul dengan kain, Asal mata tak sakit..

Masukkan kerja tertunggak dalam to do list.

Bila free baru buat.......................

Rasa nak kopi..minumlah. Lepas tu teguk la air masak barang seliter dua.

Rasa gemuk, bersenamlah. Jogging di hari minggu. Anak biar suami pulak jaga. Itu anak dia jugak kan..

Rasa rendah diri dengan kesuperwomanan mak dan mak mertua..lantak pi lah....Priority adalah rumah tangga yang happy, bukan rumah bersih berkilat macam muzium. Zaman dah berubah. 

Jangan hidup atas peraturan pelik-pelik ciptaan manusia...

We deserved to be happy aren't we?

Sekian, coretan malam ini..Lega sikit..Hihi

Im okay if anyone agree to disagree............Lets start new journey of mentality.

Salam Sayang..
Salmi

Aug 26, 2015

"Apa punya taska. Nak untung je lebih"-Pendapat Saya.

Assalamualaikum..

Selamat pagi..

Ada tak terbaca status di FB atau whtasapp tulisan seorang pengurus taska bernama Puan Rohana tentang seorang mak yang tak puas hati dengan pengurusan taska anaknya (bukan taska milik Pn Rohana)


Anaknya demam dan taska suruh mak dia ambik anak dia urgently? Mak tu betul-betul bengang since dah banyak cuti yang dia ambil sebab tiap kali anak dia demam, dia terpaksa cuti.

Tulisan lanjut boleh baca di blog ini. 


Ini pendapat aku. Rasanya ramai juga yang sependapat.

1. Pertama sekali ibu bekerja kena betulkan mindset.Walau pun dia bekerja, dia masih lagi seorang ibu. Apa-apa terjadi pada anaknya, dia masih lagi ibu kepada anak itu dan taska masih lagi tiada apa-apa hubungan darah dengan anak dia. Sudah tentu pihak taska tak mahu mengambil sebarang risiko sekiranya terjadi apa-apa pada anak dia.

2. Walaupun padanya anaknya hanya demam biasa-biasa, tetapi ruangan nurseri yang terhad ditambah bilangan anak-anak kecil lain yang ramai memudahkan demamnya menjadi semakin teruk.

3. Risiko untuk anak-anak lain berjangkit juga semakin tinggi memandangkan kanak-kanak sistem imunnya masih rendah.

3 aje pendapatnya pun hehe.. 

Tapi apa sekalipun tidak adil juga untuk kita judge keterlaluan pada mak tu since kita pun baca dari setengah pihak sahaja.

Satu ketika dahulu, aku pun pernah merungut tentang taska anak-anak aku di Shah Alam. RM350 ok untuk seorang anak. Tapi bukan pasal demam tak mau jaga. Pasal anak-anak aku yang serabai tiap kali aku ambik. Rambut tak bersikat.

Tapi bila aku dah 24-7 menghadap anak-anak aku ni. Baru aku tahu bukannya senang nak uruskan anak-anak. Kita tak boleh anggap budak-budak ni macam patung, nak tocang, nak bedak 24 jam, acting cute non stop. Budak-budak perangai dia masing-masing lain.

Macam Yana dengan dunia dia sendiri. Susah sebenarnya nak ambik hati dia ikut cara kita. Nak sikatkan rambut pun kena saiko sikit. Tapi bila fikir balik dia dah boleh baca, boleh ngaji pun berasbabkan taska dia kat Shah Alam tu. Bukan senang nak train budak-budak dengan sorang-sorang perangai yang kita susah nak jangka.

Duduk dengan aku ni, kadang-kadang aku pun lupa nak ajar anak-anak kat rumah. Tapi alhamdulillah, semenjak pindah Dungun diorang ni jarang sakit. Rasanya belum lagi demam walau masa musim hujan. Hidung berair tu selalu. 

Begitulah, jadi mak ni. Kita pilih, nak the best kita jaga sendiri.

Nak kerja, kena la anak orang jaga, Tapi jangan la macam-macam. Selagi anak ko tak kena dera, janganlah demand like a queen sangat. Bukan senang nak jaga manusia, jaga kucing pun susah.

Ok itu ajela..

Salam sayang,
Salmi

Aug 25, 2015

Law and Order- Sebuah Kesedaran

Assalamualaikum.

Selamat pagi..
Aku seorang yang suka tengok cerita bersiri. Selalunya drama Korea atau Inggeris. Cerita korea ni walaupun plotnya lebih kurang sama tapi banyak memaparkan hubungan kekeluargaan. Kalau cerita Inggeris, biasanya cerita yang berkisarkan polis, forensik, medikal dan undang-undang lagi aku suka. Sebab penerangannya jelas, plot by plot.


Paling aku suka dari dua tiga tahun yang lepas ialah Law and Order (Sexual Victim Unit). Tapi nak tengok cerita ni anak-anak kena sorok dulu. Suruh diorang buat aktiviti apa-apa dalam bilik, main masak-masak ke atau pun tidurkan diorang. Sebabnya walaupun tak ada adegan romantik tapi flashback dan dialog yang berkisarkan mangsa jenayah seksual menyebabkan aku risau anak-anak terutama Dayana yang dah pandai baca subtitle terbaca part-part yang tak patut.





Paranoid kan?

Memang terpaksa paranoid. Zaman sekarang ni terlampau banyak ruang kat sekeliling kita yang jika tak dikepung sebaiknya, kejadian yang tak diingini mungkin boleh berlaku.

Dari Law and Order didedahkan sebaiknya betapa ramainya pedophilia di sekeliling kita. Pedophilia ini adalah pelaku seks yang cenderung terhadap kanak-kanak.

Kita melihat anak-anak sebagai manja dan perlukan kasih sayang, tetapi mereka melihat anak-anak sebagai mangsa dan pemuas serakah.

Pelakunya pula kebanyakan dari orang di sekeliling kita, mungkin orang yang kita kenal.Jadi  selalulah berprasangka dan janganlah terlalu senang hati melepaskan anak-anak kita pada orang yang tidak sepatutnya.

Bukan salah kita menjadi paranoid, tapi dunia yang sudah bertukar menjadi kejam. Maka kalau bukan kita yang nak menjadi pelindung anak-anak, siapa lagi?

Ikhtiar Melindungi Anak-Anak

Mungkin korang dah banyak kali terbaca tips-tips ni, tapi tak salah aku share jugak:
  • sentiasa ingatkan anak-anak tak kisah lelaki atau perempuan tentang anggota badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain (kemaluan, punggung, dada, mulut).
  • ajar anak menjerit jika berlaku sesuatu yang dianggapnya pelik
  • jaga aurat walau dalam rumah. umur dah 4 tahun tu tak payahlah pakai skirt pendek lagi.
  • biasakan mandi dengan berseluar (seluar pendek) tak kisah walau di rumah sendiri, di kampung atau mana-mana. jangan biarkan pintu terbuka.
  • tukar baju di tempat yang tertutup dan tiada orang.
  • didik anak-anak berdoa spesifik setiap hari- Ya Allah, lindungi aku dari kejahatan syaitan dan manusia. Hanya Engkaulah sebaik-baik pelindung.
  • pantau aktiviti anak-anak, video, youtube, televisyen, kartun pun ada banyak cerita tak semenggah zaman sekarang ni
  • jawab persoalan anak-anak dengan sebaiknya dan semudahnya untuk diorang faham,jangan ambil mudah pertanyaan anak-anak.

kalau ada lagi boleh share di komen ek...

Itu ajelah. Lega dapat tulis pasal ni hari ni. Risau dibuatnya macam-macam kes sekarang ni. Moga Allah lindungi anak-anak kita selalu.

Salam Sayang, 

Salmi

Aug 22, 2015

Confession Of Shopaholic--Suatu Kenangan Luka..Kini Pengajaran

Assalamualaikum..

Selamat petang. Cantik pula template baru ni. Biru mendamaikan, Tiba-tiba terasa nak cat rumah kaler biru..biar diriku jadi setenang air tasik, Fuh..

Buat siapa yang tak perasan Astro sekarang sedang bagi free semua channel, maka cepat-cepatlah kemas dapur awal-awal malam ni, paksa anak tidur awal, bentang toto depan tv dan ambil bantal peluk..(instruction ini hanya untuk mereka yang berkaitan..yang lain boleh buat gaya kuak lentang tersendiri)

Kita bukak channel yang tak dapat sebelum ini. Enjoice.!!

Tadi layan Confession of Shopaholic kat Chanel 411. Kebetulan hari ni anak-anak dapat pelepasan main tab oleh en suami, maka tv aku yang punya.



Comel la cerita tu. Dari tajuk pun dah boleh agak kan jalan ceritanya..Kisah seorang kaki shopping yang sangat ketagihan, hingga dikejar pemungut hutang. Nak dijadikan cerita, dia kehilangan pekerjaan, tanpa sengaja ditawarkan menjadi penulis kolum di Majalah Successful Savings-sebuah majalah kewangan. Gaya tulisan santai dan bersahaja tentang tips-tips kewangan menjadikan nama penanya dikenali - Green Scarf Lady.

Aku tak baik hati sangat nak bagi sinopsis penuh jalan cerita. Korang boleh download atau tengok kat Youtube. Tapi sebenarnya nak cerita masalah emosi dan ketagihan watak utama dalam cerita tu rasanya ramai perempuan yang turut terjebak. Aku salah seorang daripadanya suatu ketika dahulu.

Dapat duit gaji bayar hutang kad kredit. Bila membeli, tak fikir panjang. Swap...Suatu nikmat bila dapat pegang barang yang kita teringin. Bila malam terkenang-kenang kalau tak dapat. Tempat shopping paling suka- Subang Parade.

Beli baju yang konon-konon paling menarik. Tak sampai seminggu dah lupa pasal tu.


Beli buku yang teringin sangat. Akhirnya tersadai jadi tukun.




Selamatlah aku rakyat marhaen aja..tak tergamak nak membeli kat Pavillion ke KLCC ke..



Beli dulu, ikat perut kemudian..Sampai level gitu kata orang.




Alhamdulillah, sekarang tidak lagi rasanya. Sebabnya hahaha..apa yang ada sekarang pun kena jimat-jimat. Dah tak kerja katakan. Tulah, orang kata bila tiada baru kita hargai apa yang pernah kita persiakan.

Lagi satu dah duduk jauh dari hab membeli belah, Terima kasih buatmu wahai Dungun.

Tips penting nak kawal perbelanjaan (ini akulah)


1) Bawa duit cukup-cukup untuk makan aje kalau keluar.
2)Tinggalkan kad kredit di rumah.
3)Buat senarai benda nak beli.
4)Dapat gaji atau income mana-mana, asingkan dulu untuk saving, bagi mak ayah, settlekan semua hutang termasuk kad kredit.
5)Kalau rasa tak percaya dengan diri sendiri, suruh orang yang dipercayai simpankan duit.
6)Bagi nasihat banyak-banyak kat orang lain terutama anak-anak supaya berjimat. Automatik akan  malu sendiri kalau rasa nak membazir.

Tu aje uolls....

Sayang selalu,
Salmi

Aug 8, 2015

Tips Mengadakan Rumah Terbuka bagi Ibu Yang Sibuk

Assalamualaikum.

Selamat Pagi.

Sabtu yang lepas, suami ada menjemput student-studentnya untuk beraya di rumah kami. Yang menjemputnya dia, yang nak patah tulang menyiapkan segalanya sudah tentulah isterinya iaitu aku, Ada ciri-ciri mengungkit tak?

Tapi nak buat macam mana, dah sah-sahlah orang perempuan lebih terror dalam bab-bab penyediaan open house ni. Lagipun kami suami isteri memang suka menjamu orang makan. Kira turun-temurun dari abah aku yang memang hobinya buat kenduri.

Keputusan nak buat jamuan raya (tak boleh consider open house kot..sebab jemputannya khusus) untuk student-studentnya yang seramai 40 orang tu diputuskan hari Khamis. Maka aku ada masa lebih kurang 2 hari sahaja untuk bersedia.

Kalau 4 orang mungkin masa yang diperlukan lebih kurang 20 minit pun tak apa.

Menu yang diputuskan oleh jemaah juri iaitu suami aku seorang ialah nasi tomato, ayam sambal, acar timun, kek coklat, nasi impit, lontong, sambal udang dan agar-agar pelangi.

                             


Untuk korang yang nak buat open house, bolehlah aku summarykan benda-benda kat bawah ni agak penting untuk memastikan penyediaan majlis lancar.

1. Minta Orang Lelaki atau Pembantu Belikan Barang

Sebenarnya kalau ada masa terlebih, tak salah kita yang pergi beli barang. Tapi jika masa sangat terhad, listkan lah semua barang dan minta husband atau pembantu pergi beli barang. Listkan barang apa, jumlahnya berapa, beli kat mana dan lain-lain. Kalau suami den, memang kena spesifik sikit.

Lagi-lagi kalau korang ni suka beli barang yang tak ada dalam list, maka memang wajiblah orang lain kena pergi beli.

2. Sediakan Menu yang Memang Kita Pro

Kalau dah memang pro masak, tak apalah. nak buat kambing golek, nasi dagang, nasi hujan panas dan yang sewaktu dengannya pun tak ada masalah.Ala-ala picit jari semua jadi..

Kalau yang memasak tak dalah sendu tak adalah pro macam aku ni (yang sedang-sedang aja) jadi pilihlah menu yang kita sedia tahu. Hari tu aku masak nasi tomato dan rakan-rakannya, nasi impit dan lontong, kek coklat, agar-agar pelangi. Tu aje. walaupun sikit aje menunya tapi masak banyak. Jadi tak adalah masalah ketidakcukupan. Macam nasi tomato tu masak 2 trip memandangkan guna periuk nasi yang biasa aje kan.

Kenalah pandai agak-agak jumlah tetamu, di situ yang pentingnya menganggarkan jumlah tetamu. Suami aku memang dah yakin student dia dalam 40 orang jadi aku masaklah untuk 50 orang. 

Tapi kalau menunya pelbagai, contoh dah masak nasi ayam, masak pulak nasi impit, pastu ada mee bandung, tak apa kot masak cukup-cukup atau terkurang sikit sebab banyak pilihan untuk tetamu.

3.Bersedia 2-3 Hari Sebelum Hari Kejadian

Maksud bersedia di sini ialah contohnya kalau nak buat Open House hari Sabtu janganlah malam Jumaat baru terkial-kial nak beli barang. Beli barang 4 hari sebelum. Kupas bawang dan barang-barang tumisan bolehlah prepare hari Khamis. Oleh sebab nak elakkan kekocahan dek bantuan anak-anak tercinta, maka buatla masa depa dah tido. 

Asingkan siap-siap ikut menu yang nak dimasak, masuk dalam plastik, kalau poyo macam aku bolehlah siap labelkan supaya tak kelam kabut masa hari kejadian. (sebenarnya aku pelupa..hehe).

Kek coklat, agar-agar, nasi impit hari Jumaat dah boleh start masak. Dah siap balut dengan plastik nipis tu elok-elok simpan dalam peti ais.


4.Minta Pertolongan Suami Kemas Rumah

Bak kata wonderpet, apa yang penting bekerjasama. Jadi bab-bab kekemasan rumah janganlah gila kuasa sangat. Sub aja kat suami supaya kita boleh fokus pada masakan.

5.Guna pinggan dan plastik pakai buang

Walaupun tak mesra alam, tapi mahu patah pinggang nak basuh kalau pakai pinggan mangkuk yang perlu dibasuh. Beli pinggan, mangkuk dan cawan kertas kalau rasa bersalah nak guna polisterine.

6. Hari Kejadian

Pada hari open house tu, bangunlah seawal mungkin untuk siapkan diri. Kalau anak-anak dah bangun siapkan mereka dan paling penting make sure anak-anak kenyang sekenyang-kenyangnya. Kalau perut dah kenyang, hatipun senang,,,Jadi tak adalah depa nak mengganggu konsentrasi kita kat dapur nanti.

7. Doa Banyak-Banyak

Seronok sebenanrnya buat open house ni. Bukan nak menunjuk-nunjuk rumah besar ke hapa. Rumah aku pun ala-ala tak siap perabotnya. Nak menunjuk-nunjuk pandai masak lagi la tak. Masak setakat jadi aja.

Tapi seronok orang berkumpul kat rumah kita. Lagi aku percaya tetamu bawa rezeki dan berkat. Lagi macam suami aku yang serius aje kat kampus (agaknya la kalau berdasarkan personaliti dia sekarang), inilah masa student-student dia nak kenal dengan dia.

Jadi doa banyak-banyak pada Allah semoga urusan dipermudahkan.

Harap-harap tips yang tak seberapa ni membantu korang ya..

Salam sayang, 
Salmi

Aug 5, 2015

Perlukah Anak Saya Diimunisasi atau Diberikan VAKSIN? Tidak Bahayakah?

Assalamualaikum..

Selamat pagi..

Semalam bawa Aida ke klinik untuk imunisasi 3 bulan. Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah. Aida yang lahir hanya 2.3kg dan pramatang kini mencecah 5.2kg. Perkembangannya pun normal seperti baby yang lahir cukup bulan.
                                       


Ini jadual imunisasi yang diaturkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua bayi yang dilahirkan di Malaysia harus diberikan suntikan vaksin seperti jadual ini.

                               

TREND


Walaupun diwajibkan oleh kerajaan, sekarang ni timbul pula trend ibu-ibu yang tidak mahu anak diorang divaksinkan. Isunya mungkin disebabkan ada satu dua kes kesan sampingan yang timbul selepas suntikan. Isu tersebut diviralkan dan menimbulkan keraguan untuk ibu-ibu yang lain sama ada anak mereka wajar divaksinkan atau tidak,

Kesan sampingan ini mungkin seperti alahan pada kulit, ruam-ruam, jangkitan pada saluran nafas, sawan dan pelbagai lagi. Yelah, siapa tak sayang anak kan? Of course risau bila diberitahu vaksin boleh menyebabkan kesan yang berbahaya pada anak kita.

Anak Saya Sihat Sahaja Walau Tidak Divaksin?

Pilihan sama ada membenarkan anak kita divaksin atau pun tidak semestinya terletak pada ibu bapa. Tetapi selaku masyarakat yang bertanggungjawab kita juga hendaklah memahami setiap tindakan kita sama ada memberikan kesan kepada masyarakat atau pun tidak. Lagi satu pada aku, pandanglah dalam konteks yang lagi besar. Berapa besarkah jumlah kana-kanak yang dijangkiti kesan sampingan akibat imunisasi dan berapa jumlah pulakah kanak-kanak yang bakal menderita akibat dijangkiti virus akibat budaya tidak mahu memvaksin anak ini menular?

Statistik pun memang dah sah-sah menunjukkan bayi yang tidak divaksin lebih terdedah kepada bahaya penyakit berjangkit. Ini aku rujuk page FB seorang doktor ya..

Satu kenyataan akhbar dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan yang bertarikh 28 Julai 2015 bertajuk
"Maklumat mengenai status demam campak (measles) dan cacar air (chicken pox) di WP KL". Satu petikan di dalam kenyataan akhbar,
"Sehingga 30 Jun 2015, sebanyak 73 kes yang disahkan measles dilaporkan berlaku di WP KL. Kes-kes ini berumur sebulan sehingga 43 tahun dan sebanyak 79% kes didapati tiada suntikan measles"
Masyarakat kena tahu bahawa, ini adalah bukti yang menunjukkan mereka yang TIDAK DI VAKSIN punya RISIKO yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit berjangkit yang sepatutnya pupus di muka bumi ini.
Campak @ measles


Polio


Demam campak adalah salah satu penyakit berjangkit penyebab kematian kanak-kanak yang utama. Di dalam tahun 2013 sahaja, sebanyak 145,700 kematian disebabkan campak secara global, 400 kematian setiap hari dan 16 kematian setiap tahun. Vaksin campak yang diberikan menunjukkan adanya penurunan sehingga 75% kematian dari tahun 2000-2013. Sebelum adanya vaksinasi campak tahun 1980, kematian akibat demam campak adalah sebanyak 2.6 juta setiap tahun 

Selamatkah Vaksin?

Aku ringkaskan sahajalah apa yang aku faham mengenai vaksin memandangkan aku pun rimas gak nak menulis rencana kat dalam blog ni. 

Vaksin ni adalah bakteria yang dilemahkan fungsi bahayanya. Disuntik melalui kulit dan ada juga yang diberi menerusi mulut. Sememangnya tidak bahaya namun masih ada kesan sampingan. Kesan sampingannya juga ringan dan kebiasaannya boleh dirawat.

Of course program vaksinasi kat Malaysia ni mengikut prosedur yang ditetapkan oleh WHO / World Health Organization. Bila dah namanya World semestinya melalui beribu-ribu ujian dan tidak sewenang-wenang nak bagi pelaksanaannya kat manusia.

Korang boleh study banyak page perubatan atau tulisann-tulisan doktor, berapa banyak statistik penurunan penyakit berjangkit selepas vaksinasi diwajibkan kepada sesetengah negara? Jadi haruskah kita berpatah balik kepada zaman purba dengan membiarkan polio, campak, tibi dan macam-macam penyakit lagi berleluasa. Lagi satu harus diingat,, negara kita bukan macam 20 tahun yang lalu masa tok nenek kita sihat waalfiat lagi tak ada sebarang penyakit walau pun tak divaksin bagai ni. 

Sekarang ni penuh pendatang asing, Banglasia, Myanmarsia dan macam-macam lagi. Cuba kaji statistik negara-negara itu, bagaimana peratus penyakit berjangkit yang mereka hadapi. Jangan terkejut jika attendam pam minyak yang kita jumpa hari ini sebenarnya menghidap tibi? Demi sesuap nasi mereka ke sini. Tapi kerana berprasangka terhadap vaksinasi, kita terdedah kepada jangkitan tibi.


MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBAT

Lagipun dalam Islam menggalakkan kita mencari jalan untuk mencegah sebelum mengubat. Berikhtiar dulu sebelum bertawakal. 




Maaf jika tulisan ini menyingung hati sesetengah pembaca ya..Tapi ini pendapat masing-masing dan apa yang kita fikirkan betul kita harus suarakan..

Gitulah..

Salam sayang,
Salmi
0122417935

Setelah 1 Tahun 7 Bulan Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Assalamualaikum

Selamat Pagi..

Tak pernah boring tulis topik ni memandangkan tiap kali berjumpa ada aja yang bertanya.

Macam mana sekarang tak kerja?

Aku pun tak tahu nak kata apa one shot. Nak kata 100% seronok tu tak adalah.

Ada masa-masanya aku down. Sedih dan menangis pun ada.

Bukan semata-mata material, bukan semata-mata duit. 

Harga diri ke? Atau pandangan manusia?

Yang pasti ada sesuatu yang kau akan rasa hilang dalam diri kau. Walau keseronokan menjaga anak tak dapat diluahkan dengan kata-kata, Tengok diorang membesar, Dengar cerita-cerita diorang..walau banyak yang merapu.

Bila ada kala syaitan datang menyinggah, rasa macam orang gaji pun ada. Buat kerja yang sama hari-hari, masak, kemas rumah, sidai kain. Tapi kalau tak buat mata aku yang sakit.

Anak-anak pulak dengan macam -macam perangai. Pantang aku baring sekejap nak hilangkan penat mulalah nak minta macam-macam.

Jangan kata aku merungut. Ini cerita benar. Bila orang tanya best tak jadi fulltime housewife? Aku berfikir panjang nak menjawab. Bayangan housewife melepak macam permaisuri memang jauh panggang dari api.

Dari start bukak mata sampai mata lelap ada aja benda aku buat. Kenapa? Apasal tak melepak aje.

Tak salah pun aku duduk goyang kaki. Tapi risau expectation suami aku. Balik rumah bersepah, lauk tak masak, anak tak bersih..apa dia rasa.

Risau expectation mertua. Anak dia susah-susah bekerja membela bini. Bininya pula membesarkan badan kat rumah.

Sibuk kan kita memikirkan tanggapan orang.

Kerana paranoid terhadap tanggapan orang kadang-kadang buat aku jadi down. Tapi bila habis musim down tu, aku akan analisis balik diri ni. Kenapa perlu fikirkan benda yang tak ada?

Kalau penat dengan karenah anak-anak, aku akan ingat zaman-zaman silam dulu masa aku kerja dulu. Apa yang aku prefer? Lepaskan anak-anak aku untuk orang lain jaga macam dulu atau latih diri aku bersabar dengan perangai anak-anak yang tengah nak membesar ni. Lagi pun tu anak-anak aku. Bukan anak-anak orang.

Dengan zaman sekarang yang ramai orang jahat ni..aku jadi paranoid. Selamatkah diorang di nurseri?

Selebihnya, aku kembali lah diri aku pada Tuhan.

Menyesal dengan rasa down yang bodoh.

Marah dengan diri yang tidak bersyukur.

Isikan rasa kosong yang ada pada diri dengan buat benda-benda yang aku suka. 

Buat to do list banyak-banyak supaya sibuk.

Meniaga online agar ada duityang masuk walau tak banyak. RM100-RM200 pun dah cukup untuk mengubat rasa rindu pegang duit sendiri.

Menulis di blog bercerita- lepaskan rindu pada kawan-kawan yang ramai tempat bercerita masa bekerja dulu-dulu.

Siapkan diri cantik-cantik, tunggu suami balik kerja. Dialah kawan dunia akhirat aku.

Mengaji banyak-banyak-jauhkan hati dari diganggu dari syaitan yang menggoyahkan hati.

Buat aktiviti lukis-lukis atau kraf dengan anak-anak.

Begitulah...

Jadi pilihan kat tangan korang..Nak jadi housewife atau kerja di office.

Ni cerita aku. Luahan perasaan sebenarnya.

Huhuhu



Salam sayang,
Salmi

Aug 3, 2015

Teknik Paling Berkesan Memperbanyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin.

Baru tahu rupanya ada Minggu Penyusuan Sedunia. Bermula 1 Ogos hingga 7 Ogos ni. Jadi Happy Breastfeeding week untuk diriku dan semua ibu-ibu yang menyusukan anak walau di mana jua anda berada.



Menyusulah anak-anak kita kerana Allah Taala. Semoga dengan setiap titisan susu yang terhasil dari tubuh kita, kepenatan berjaga malam, sakit belakang mengiring dan macam-macam lagi rasa sakit dibalas Allah dengan pahala berlipat ganda, digantikan dengan sang anak membesar dengan cerdas dan sihat lalu berguna untuk agamanya.

Jangan pula ada perasaan riak dalam diri hingga membanding-bandingkan diri dengan ibu lain yang tidak menyusukan anak dengan susu badan. Kita tiada di tempat mereka. Kita tak tahu apa masalah orang. Yang paling penting, good mom never judge other mom. Ingat tu !!

Wah, macam USTAZAH PILIHAN pulak hari ini.

NAK BANYAKKAN SUSU IBU? SUPPLY SAYA TAK CUKUP!!

Memang stress kan bila ambil anak dari rumah pengasuh, pengasuh kata EBM (expressing breast milk) yang kita bekalkan tak cukup. Rasa bersalah pun ada.

Perkara pertama yang boleh aku nasihatkan ialah mintalah dari Allah apa yang kita hajatkan. Jangan terlampau susah hati dan murung. Ingat yang memberikan susu itu untuk anak bukan lah kita tapi Allah s.w.t.

Jadi dah cukup ke berdoa sebelum nak menggelabah tak tentu arah bila supply tak cukup tu.

Keduanya, berbincanglah hati ke hati dengan pengasuh anak tentang macam mana cara efektif nak manage susu EBM yang kita bekalkan tu. Kalau dah 30 oz pun tak cukup, agak-agakla, Try la 2 jam sekali minum, setiap kali minum 3-4 oz instead of 5 oz setiap kali minum. Pengasuh kenalah fikir alternatif lain nak tenangkan baby selain bagi minum susu. Agah-agah ke?

Ketiga, pada masa yang sama ibu pun usaha juga untuk tingkatkan penghasilan susu ibu. Kalau aku cara paling aku suka power pumping. Power pumping ni istilah mudahnya pam sekerap mungkin. Buat dalam 3 jam =15 minit setiap kali pump. Rehat 15 minit. Sambung balik. Pump walaupun yang keluarnya setitik dua, Ini untuk memberikan isyarat pada tubuh kita bahawa baby nak susu banyak..Banyak.Banyak.Banyak !! Faham tak?? Kata badan kepada otak. Maka otak pun berilah rangsangan pada hormon-hormon prolaktin dan duktus-duktus susu supaya bekerja keras lagi.Macam tu lah gambarannya. 

Selain power pumping, aku juga suka menyusukan anak sebelah dan pump lagi sebelah. In shaa Allah, memang up la jumlah oz setiap kali mengepam, Sekarang ni memandangkan aku dah tak kerja dan cuma tinggalkan Aida tiap kali mengajar tuisyen (2 jam setiap malam) atau pun time nak pergi kedai, jadi jadual mengepam aku cuma sehari sekali. Iaitu waktu petang pukul 5, masa tengok Law and Order kat Chanel 702, Itu pun penting, mengepam time kita happy. Kalau kat ofis tu belek-beleklah gambar anak kat phone tu ke..atau pun apa-apa video atau web yang buat kita ceria.

Keempat, ikhtiarlah guna milk booster contohnya suplemen. Aku memang amalkan Set Menyusu Shaklee. Ada vitamin untuk milk booster iaitu Alfalfa dalam tu. Alfalfa pada aku memang TERBAIK. Masa pantang hari tu aku ambil 2 biji. Sekarang ni up to 5 biji. Alhamdulillah, tiap kali mengepam mesti lebih 5oz,

Lagi pun alfalfa ni bagus untuk kesihatan orang perempuan terutama untuk kuatkan rahim kita ni. Yelah, dah mengandung 9 bulan, rahim kembang pastu menguncup balik. Maka jagalah elok-elok.






Paling aku suka sebab dia ni pun membantu proses nak slimkan badan.

Nak tahu pasal set menyusu lengkap, refer entri ni ok.

Kalau berminat nak tahu pasal alfalfa atau nak tahu dan sembang-sembang pasal ni boleh contact no kat bawah,

Salmi
0122417935



Aug 2, 2015

Gila Meroyan Selepas Bersalin- Apa Peranan Suami?

Assalamualaikum dan salam hari ahad.

Tora datang lagi..Hehe. Setelah lama aku tinggalkan blog ni, aku kembali menaip di sini untuk meluahkan isi hati yang lama terpendam, 



Sebenarnya kan sakit sangat hati ni bila baca kes buang bayi makin menjadi-jadi kat negara Islam yang bernama Malaysia ni. Malaysia tau..yang kononnya gigih nak mencapai status negara maju tak lama lagi. Bayangkan kalau dah dalam proses menuju ni pun kes buang bayi dah ala-ala kes budak kena gigit semut api, apa agaknya kalau dah memang konfom jadi negara maju? Nauzubillahi minzalik.



Buat para pemimpin yang diamanahkan menerusi sistem pentadbiran bernama demokrasi terpimpin, moga-moga pembangunan seimbang dari segi fizikal dan rohani menjadi target nombor satu anda..

Paling sadis baru-baru ini kes bayi dikerat lapan tu, kecewanya hati aku bila baca tu. Kalau Aida yang menangis aku lambat supply susu, melalak ala-ala kena gigit kerengga pun aku dah sakit jantung menengoknya. Apa perasaan ibu tu masa bertekad nak lakukan perbuatan yang menakutkan tu?

Mula-mula memang aku rasa sakit hati sampai langit ketujuh bila baca berita tu kat FB..tapi bila baca komen seorang manusia yang mengatakan cubalah berfikiran empati sikit, kita tak ada kat tempat dia, mungkin dia mengidap tekanan perasaan atau meroyan, maka haruslah aku insaf dari terus mengutuk. Biarlah sistem keadilan yang mengadili dia dan sudah tentu Allah sahaja seadil-adil hakim di Mahkamah Agung (padang masyhar) nanti.

Meroyan ? Bunyinya memang zalim dan mengaibkan. Seboleh-bolehnya kita tak nak mengaku jika ada history meroyan atau ada saudara mara kita yang terlibat dengan meroyan. Tapi jika kita di tempat dia?

Jika dikawal dari awal, maknanya sebaik-baik seorang perempuan itu melahirkan, dilayan emosinya, ditenangkan fikirannya, distabilkan perasaannya, in shaa Allah penyakit itu boleh dikawal.

Ada aku baca dalam blog babycenter, tempoh kritikal seorang ibu mampu diserang meroyan ialah dari 2 hari selepas bersalin hingga 2 minggu. Maka AWAS lah ketika itu,

Pengalaman orang yang dah bersalin 3 kali macam aku ni, lepas bersalin memang perasaan berada di zon kritikal. Bak kata orang jawa, fragile gila. Orang sekeliling janganlah pandang mudah walaupun perempuan tu dah 8 kali beranak sekali pun, Pengalaman setiap kali melahirkan anak tidak sama. 

Orang sekeliling tu siapa? Of course la EN SUAMI.


Janganlah suami nak harapkan mak mertua atau mak sendiri (mak mertua isteri) atau siapa-siapa ajalah untuk ambil peduli hal kebajikan isteri selepas bersalin melainkan diri korang sendiri. Layan isteri tu macam permaisuri, sembang dengan dia, jangan biarkan dia terasing. Lagi-lagi isteri dalam keadaan nifas maka tak boleh nak mengaji, solat bagai nak tenangkan diri dia, lagi la senang dia nak murung. Benda-benda negatif pun suka nak dekat.

Ini ada aku baca dalam  page mana ntah dekat FB, bini baru seminggu bersalin , suami dah tanya bila nak start masak. Oh...kesian sungguh.Bagilah can bini tu rehat at least 44 hari setelah dia bertarung antara hidup atau pun mati.

Meroyan tu Apa? (kredit to Page Keluarga Sakinah)

Istilah psikologinya: psikosis puerpera. Mengikut perangkaan kajian luar Negara, penyakit ini menyerang kurang 1.5 daripada setiap 1,000 kelahiran. Istilah perubatan pula postnatal depression yang bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi (kejiwaan) yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak. 

Keadaan meroyan ini biasanya menyerang ibu yang pertama kali melahirkan. Ingat, dia akan bertindak agresif dan tidak dapat mengawal diri dan ada kalanya mencederakan orang. Jadi amat bahaya jika ibu ini dibiarkan menjaga bayi. 

Tanda-tanda meroyan boleh dilihat seawal dua hari selepas bersalin. Tanda-tandanya termasuk: 

1) gangguan tidur 

2) keresahan 

3) sensitif 

4) rendah diri 

5) kurang selera makan 

6) selalu bersedih. 

7) Sikapnya juga berubah, dari periang menjadi pendiam. Sentuhan dengan dunia 
realiti akan hilang. 

Bersikap luar biasa seperti fenomena halusinasi dan delusi. Halusinasi, kononnya melihat lembaga menakutkan atau mendengar suara ghaib yang menyuruh melakukan sesuatu. Delusi pula apabila dia merasa yang ada orang merancang untuk memusnahkannya. Keadaan itu menyebabkan dia berasa waswas dan syak wasangka dengan orang. Sering berhadapan halusinasi dan delusi, si ibu tidak akan kisah kebajikan anak yang baru dilahirkan. Dia akan terdorong melakukan jenayah, seperti membunuh anaknya. 


Faktor yang menyebabkan meroyan 

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan penyakit mental inil Antaranya: 

1. Faktor genetik atau baka 

2. Perubahan tahap hormon seperti progesterone dan estrogen secara mendadak 

3. Tekanan emosi ketika dalam pantang 

4. Kualiti perhubungan suami isteri serta perhubungan dengan bayi yang baru lahir 


Rawatan

  • Dikatakan kurang 70 peratus wanita yang terbabit akan sembuh dengan rawatan yang betul. Risiko penyakit berulang selepas kelahiran seterusnya lebih kurang 15 peratus. Dalam proses rawatan, faktor jika adanya ahli keluarga lain yang berpenyakit mental dan pertelingkahan suami isteri akan menjejaskan proses pemulihan pesakit. Adalah lebih baik pesakit mendapat rawatan sebagai pesakit dalam di hospital jika keluarga tidak dapat mengawalnya.
  • Selain ubat-ubatan, kaunseling hubungan suami isteri perlu dibuat serentak memandangkan wanita berpenyakit ini amat membenci hubungan seksual. Jadi kaunseling amat perlu bagi menyelamatkan rumahtangga. 
  • Sokongan emosi orang terdekat. Tidak banyak kajian dilakukan ke atas punca berlaku postnatal depression dan perubahan hormon merupakan faktor kecil saja. Faktor sekitar lebih menyumbang kepada tekanan itu. Bagi yang pertama kali melahirkan, sokongan moral dan emosi daripada orang terdekat amat perlu seperti suami. Sokongan suami merupakan penawar yang paling mujarab. 
  • Ahli keluarga perlu bekerjasama mengembalikan keyakinan dan keriangan ibu yang tertekan. Pujuk dan bimbing dia selalu. Ingatkannya supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Mohon ketenangan melalui solat dan doa. 


Persediaan sebelum menimang cahaya mata. 
  •  Bersedia dari segi mental, fizikal dan material.
  •  Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat persediaan menghadapi kelahiran
  • Jumpa kaunselor untuk sesi kaunseling perkahwinan supaya berbincang tentang aspek persediaan emosi dan persediaan menimang cahaya mata. 
  • Dapatkan ilmu tentang sebelum dan selepas kelahiran anak. 



B Complex Shaklee Meredakan Kemurungan Selepas Bersalin

Selain tip-tip di atas, B Complex Shaklee pada aku bagus untuk hilangkan stress atau rasa murung selepas bersalin. Bukan setakat time pantang ajalah, sekarang ni pun kalau aku kelam-kelibut sangat dengan hal-hal rumah 20 jam (4 jam tidur), memang aku telan sebijik.

In shaa Allah lega.

Of courselah mengadu dengan Allah jalan paling baik. Tapi tak salah jika kita tambah alternatif yang ada kat muka bumi ni.

Boleh baca cerita masa aku pantang dan bagaimana aku boleh terjebak dengan sindrom post-partum. Alhamdulillah lepas tu aku insaf dan amalkan pemakanan seimbang, bersembang dengan orang terdekat iaitu SUAMI secara kerap, jauhkan dari duduk bersendirian dan sudah tentu amalkan suplemen Shaklee untuk menyokong kesihatan aku.






Boleh call, sms, whatsapp atau suka hati uolls le nak guna cara macam mana untuk contact aku jika berminat nak tahu tentang set bersalin ni.

Aku bukan sekadar agen shaklee, tapi pengguna tegar yang memang sangat- sangat yakin dengan Shaklee,

Jadi jangan ragu-ragu.

Paling penting jaga diri baik-baik ok selepas bersalin, Jangan biarkan diri anda diselubungi perasaan murung yang tak berfaedah tu.

Salam sayang,
Salmi
0122417935
salmiwati. jamili@gmail.com
 

Blogger news

Blogroll

About